ni gambo pinjam... lupa lak nak snap gambo...
jumaat lepas, masak laksa johor utk member2 ofis... since ada yg mintak resipi, ni nak share le dgn kengkawan... dah ada yg cuba & katanya sedap... selamat mencuba...
Bahan A (blender):
5 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar Cili boh (ikut tahap kepedasan)
1 btg Serai
½ sudu besar Udang kering
Belacan (ikut suka, tak letak pun takpe)
Bahan B:
Ikan kembung saiz besar (dlm 3 ekor)
- rebus campur garam, pastu buang tulang, blender dgn air rebusan.
- Pastu blender tulang lak (sumer termasuk kepala), pastu tapis…. Ambik air tapisan jer, ni yg buat kuah lagi sedap… sisa2 tu buang jelah…
- Klu tak nak guna ikan kembung, boleh ganti ikan lain, tapi paling sedap ikan kembung sebenarnya…
Bahan C:
1 sudu besar Serbuk kari ikan (or serbuk laksa johor, klu takde pun boleh aje guna serbuk kari ikan)
½ sudu besar Kerisik
1 peket Santan
Asam keeping
Gula (ikut suka)
Garam
Bahan D:
Spaghetti - 1 peket
make sure spaghetti biasa, jgn yg halus (kurang sedap)….
Panaskan air dlm periuk (yg boleh muat spaghetti), titiskan minyak masak, supaya spaghetti tak melekat…
Sementara tunggu spaghetti lembut, siapkan dulang leper, basahkan kain lapik (cotton yg tak turun warna tau), lapik atas dulang….
Bila spagetthi dah lembut, ambik sikit (lebih kurang 10-15 helai), pastu buat bentuk 8 kat atas kain tadi…. Sampai lah abis…. Setiap layer tu, lapis dgn kain tau…
Ada gak setengah org, terus masuk dlm mangkuk je, tak buat pun camni, tapi tak syok… kain basah tu utk elak spaghetti ni kering…
Bahan E:
Ulam-ulam: Timun, daun kesum, lobak asin, taugeh, limau kasturi
Sambal belacan (lada merah + belacan + limau kasturi + garam sket)
Timun ada cara potong tersendiri… buang kulit dulu, pastu potong 4… guna pisau nipis & tajam, hiris keliling (camne nak ckp ek, alah, mcm nak buang kulit, potong keliling, sampai ke biji tu, buang….) putus2 takpe… pastu susun, gulung & hiris nipis2….



Cara Masak:
Kuah:
Bahan A di blender & di tumis sampai pecah minyak… kemudian, masukkan Bahan B & Bahan C… kacau sampai mendidih… klu pekat sgt, boleh tambah air masak…. Rasa le masin, manis & masamnya… ikut suka masing2 nak yg camane….



No comments:
Post a Comment